Homestay Pekan

FnK homestay beroperasi di Pekan Pahang di Taman Peramu Permai. Rumah 2 tingkat, 3 bilik dilengkapi aircond di 2 bilik dapat memberikan keselesaan kepada tetamu yang berkunjung ke Pekan.

Tempat yang menjadi tumpuan pengunjung ke Pekan adalah: MRSM Pekan, SBP Integrasi Pekan, IKM Pekan, SHAH Pekan, DRB Hicom University, IKM Pekan, HICOM, Ibupejabat Polis, Rumah PM, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

sila ke website fnk homestay pekan untuk maklumat lanjut

Posted in popular | Leave a comment

Kedai Makan Sepanjang Tanjung Lumpur

Tanjung Lumpur Kuantan dipisahkan dengan sebuah jambatan yang merentasi sungai Kuantan. Jika dari bandar Kuantan, perlu lalu jambatan tanjung lumpur untuk ke destinasi kedai makan seafood di sepanjang jalan tanjung lumpur.

tanjung lumpur bridgePemandangan jambatan tanjung lumpur waktu malam.

Tempat makan seafood yang paling top di tanjung lumpur adalah Ana Ikan Bakar. Jika datang waktu hujung minggu, restoran ana ikan bakar ni padat dengan pengunjung dan mungkin terpaksa tunggu kerusi kosong untuk duduk. Tapi jangan bimbang, Restoran Ana Ikan Bakar ada dua di tanjung lumpur, satu di tepi jalan besar, dan satu lagi di tepi laut.

Terdapat beberapa resotran yang mashur di Pahang ni telah buka cawangan di tanjung lumpur. Jadi, terdapat banyak pilihan kedai makan di sini. Antara yang baru buka cawangan:

RESTORAN MABIQ
RESTORAN GOBANG MAJU
RESTORAN NASI DAGANG UBAI

So, jika ke Kuantan, menginaplah di fnkhomestay dan datanglah ke Tanjung Lumpur untuk menikmati makanan laut disini.

 

 

Posted in Jamu Selera, popular | Leave a comment

Hobi Ternak Kelulut di Rumah Teres

Hasil tuaian hari ni.

  • Dapat lah 3 botol kecil cukup untuk makan sendiri selama 1-2 bulan dengan kadar makan 2 kali sehari satu sudu
  • Kelulut ni, kami ada 1 log saja dan diletak di laman rumah teres yang di penuhi bunga-bunga seperti air mata pengantin. Bunga-bunga jiran pun banyak dan kelulut terbang hisap madu di sekitar taman perumahan
  • Log ni di beli dalam 2 tahun lepas dekat airport Kuantan. Ada pakcik jual log kelulut ni dengan harga waktu tu RM600. Pakcik ni ada restoran kat rumah dia berdekatan airport kuantan
  • Setakat kami pelihara ni, hasil sekali tuai, seperti diatas tu. tak mengecewakan dan cukup lah untuk buat makan sendiri
  • Ada plan nak tambah log lagi, dan harga semakin mahal sekarang ni. Tapi memandangkan kawasan rumah dah takde, cukup lah satu dulu. Cuma sekarang kantung madu kelulut tu dah agak penuh. Tak tahu nak buat macamana. Kena call penjual log untuk mintak khidmat nasihat macamana nak handle kantung yang dah penuh
  • Waktu nak ambil madu, kena pakai baju macam diatas sebab jenis kelulut ni garang. Walaupun ia tak mengigit, tapi agak rimas kalau dah mula menyerang
  • Pendek kata, hobi ni sekarang boleh mendatangkan faedah kepada kita dan log kelulut mempunyai permintaan yang tinggi
Posted in FnK Story, popular | Leave a comment