Homestay Pekan by FnK

FnK Homestay menyediakan penginapan rumah 3 bilik 2 bilik air di bandar di raja Pekan Pahang. Homestay yang terletak di Taman Peramu Permai lokasi yang strategik kepada tetamu yang berkunjung ke Pekan Pahang.

HUBUNGI: 019 9157172 (PN FARA), WASSUP 019 915 7172
klik 019-9157172 untuk wassup

klik 019-9157172 untuk wassup
klik 019-9157172 untuk wassup

RM160 SATU MALAM

FnK Homestay Pekan menyediakan kemudahan seperti berikut:

  1. 3 Bilik di tingkat 1 (toilet diluar bilik). Luas setiap bilik 10kaki x 10kaki
  2. TIADA BILIK TIDUR DI TINGKAT BAWAH
  3. 2 Bilik Air (1 di tingkat atas, 1 di tingkat bawah)
  4. Bilik 1 katil queen (Aircond), bilik 2 katil queen (Aircond) dan bilik 3 katil single (Kipas siling)
  5. TV Astro Family Package
  6. 1 Toto
  7. Peti Ais
  8. Pinggan Mangkuk, gelas, cawan
  9. Seterika
  10. Cerek Elektrik
  11. Tuala mandi di setiap bilik
  12. ❌ dapur memasak
  13. ❌ water heater shower
  14. ❌ mesin basuh

HOMESTAY KAMI SELESA UNTUK 1 KELUARGA 5 ORANG DEWASA. JIKA JUMLAH TETAMU RAMAI, IA AKAN MENJEJASKAN KESELESAAN ANDA. KAMI HANYA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN SEPERTI DIATAS SAHAJA.

Jika anda berurusan di Universiti Malaysia Pahang (UMP), taman automotif Pekan, MRSM, SBPI, SHAH Pekan, IKM, DRB Hicom University, DRB Hicom Automotif (Mercedez, Isuzu, Volkswagen, Deftech), kami menyediakan penginapan 3 bilik dan 2 bilik air yang selesa untuk anda bermalam dan melakukan urusan kerja di Pekan, Pahang.

PROSEDUR TEMPAHAN

  1. DEPOSIT TEMPAHAN – Perlu dibuat untuk memastikan tarikh yang di tempah tidak diberikan kepada pelanggan lain.
  2. MAKLUMAT PELANGGAN – Sila hantarkan slip pembayaran deposit tempahan bersama dengan nama penuh pelanggan dan no telefon yang boleh dihubungi
  3. BUKAN MUHRIM tidak dibenarkan sama sekali. Kami berhak menolak tempahan sewaktu check in jika terdapat pasangan bukan muhrim.
  4. BAYARAN BAKI – Perlu dijelaskan semasa menerima kunci homestay. SILA PASTIKAN BAYARAN DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA MASUK HOMESTAY. Kami ada pengalaman tetamu lari dan tidak membayar baki bayaran.
  5. CHECK IN 230 PETANG, CHECK OUT 1200 T/HARI

GALLERY

PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN

  1. Homestay berada di kawasan kejiranan yang aman damai. Kami berharap tetamu dapat menjaga keharmonian kawasan kejiranan perumahan. Owner homestay berada di sebelah rumah.
  2. Mematikan segala suis peralatan elektrik sebelum keluar (aircond, lampu).
  3. Memastikan paip air ditutup sebelum keluar. Gunakan air dengan cermat.
  4. Menjaga dan memastikan barang barang di dalam unit ini berada dalam keadaaan baik dan sempurna.
  5. Sila pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
  6. Sebelum checkout, sila pastikan tiada barang barang seperti tuala, sarung bantal dan barang-barang homestay tidak dibawa keluar.
  7. Aktiviti-aktivit di luar syarie dilarang sama sekali. Pasangan yang belum berkahwin dilarang untuk menginap serumah di homestay ini.
  8. Tetamu yang merokok, mohon untuk kerjasama merokok di kawasan parking kereta.
  9. Pastikan anda membaca informasi rumah ini untuk memastikan keselesaan apabila menginap

LOCATION

Homestay kami terletak di Taman Peramu Permai, kediaman lot-lot rumah beresebelahan Taman Perindustrian Automotif Pekan. Cara ke lokasi adalah mudah dengan membuat carian di WAZE atau google Map dengan menaip fnk homestay Pekan. Jika menggunakan WAZE, bila dah nak sampai ke homestay, laluan yang di tunjukkan melalui jalan-jalan kecil dan agak mengelirukan. Boleh juga tidak masuk ke laluan kecil ini dan lalu sehingga jumpa traffic light di sebelah kiri nya kedai makan Nasi Kukus Mama yang top di Pahang ni. Dan kemudian boleh ikut WAZE semula. Perumahan Peramu Permai terletak di belakang Restoran Nasi Kukus Mama.