Sejak selepas PRU 14 ni, nama Pekan agak ‘hot’ kerana disini Parlimen bekas Pedana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Homestay di Pekan tidak kurang banyak. Hasil tinjauan rambang di mudah.my, tidak kurang lebih 20 homestay ada di Pekan disediakan untuk pengunjung-pengunjung datang ke Pekan.
Biasanya orang ke Pekan ni, bila ada event-event tertentu atau tujuan kerja dan kenduri kendara serta hantar anak ke sekolah, kolej atau universiti. Sewaktu dulu, semasa ahli Parlimen Pekan menjadi PM, semasa lawatan PM sewaktu itu ke kawasan beliau, maka ramailah orang-orang KL turun mengiringi PM untuk melawat kawasan dan Pekan menjadi meriah. Sekarang mungkin tiada lagi. Namun, pengunjung ke Pekan masih ada kerana disini ada kilang-kilang automotive seperti DRB Hicom, Mercedes, Volkswagen, Isuzu dan kilang VACS.
Justeru itu, FnK homestay sedang malakukan analisa untuk menyediakan perkhidmatan homestay di Pekan bagi memenuhi tuntutan pengunjung ke Bandar Di Raja ke Pekan. Tunggu…..