Berkongsi pengalaman ke Nice pada 23hb April 2015 yang lalu. Trip dari KLIA dengan menaiki Emirates. Tiada direct flight dari KL ke Nice. Jadinya terpaksa transit. Cari2 punya cari, survey, transit paling baik adalah di dubai dengan menaiki emirates. Transit selama 3 jam, flight 12 malam, sampai 4 pagi dan bergerak ke Nice dalam kurang lebih 7 pagi. Sampai di Airport lebih kurang dalam jam 1 tengahari waktu tempatan. Cuaca waktu ini 10-17 darjah celcius, nice weather. walaupun sejuk sebenarnya.
Urusan kerja 2 hari di Nice, perjalanan pulang tidak menggunakan laluan yang sama. Saja nak explore dan rasa naik TGV, ambik speed train dari Nice ke Paris. Ambil masa 5 jam sampai ke Paris melalui scenery yang sungguh indah.
Sampai di Paris, oleh kerana hotel tidak begitu strategik, dan masa terhad. tidak kemana2 pun hanya stay di hotel menunggu keesokan hari untuk pulang ke KL dengan menaiki MAS Airbus 320 double deck. Flight jam 12 tengahari mengambil masa 12 jam untuk sampai ke KLIA dengan selamat. Ruang flight yang luas dan ada tempat sembahyang di ruang paling belakang flight. Paramagura tunjukkan saya arah kiblat untuk sembahyang dan sembahyang yang selesa sepanjang 12 jam di dalam flight.
Di KLIA
Hotel di Nice
Di luar hotel di kala pagi matahari naik
Di tepi pantai, walking distance dari hotel
Kedai makan di tepi pantai di waktu pagi