Day Trip ke Pulau Redang Snorkelling

Entry ini bertujuan untuk bercerita pengalaman kami bersnorkelling ke Pulau Redang, day trip dari Pantai Merang. Semoga ianya boleh beri panduan kepada pembaca diluar sana untuk merasai pengalaman bersnorkelling tetapi tidak menginap di Pulau.

Kami tinggal di hotel Sutra Beach Merang, pada minggu hari Medeka, sudah tentu lah fully book. Tapi kami masih dapat book melalui booking.com tinggal di hotel sutra beach resort. Hotel yang menarik, tepi pantai dan kolamnya pun cantik. Anak-anak suka.

DSC_1383 DSC_1393

Mengikut kata tokei bot, walk in terus ke jeti merang pada pagi kita nak ke Pulau Redang pun boleh, tak perlu booking boat awal. Biasanya boat mencukupi. Kami, pagi-pagi ahad dah keluar hotel, kerana sehari sebelumnya dah booking boat dengan agent di jeti Merang. Atas nasihat boat, dan kami pun nak pegi awal ke Pulau Redang, jadinya kami bertolak awal. Biasanya boat-boat mula bergerak jam 9 tetapi kami mintak dari agent untuk gerak awal, jam 7.45 pagi dah naik boat gerak ke Pulau.

DSC_1481

Harga boat RM100 sorang pegi balik dah standard harga ni. Oleh kerana waktu cuti merdeka, memang pack orang jadi tak banyak option yang blh kami minta dari driver boat mahupun agent. Kami ikut saja apa yang dicadangkan kerana trip boat ulang-alik dari jeti ke Pulau menyebabkan layanan tidak boleh ditunaikan.

Atas advice dari agent, supaya gerak awal dan sampai di taman laut nanti boleh dapat meja kerusi kayu tepi pantai, maka kami 745 dah gerak keluar dan dah naik boat dan waktu ni Jab. Laut masih blm buka dan kami tak dikenakan bayaran untuk ke Taman Laut. Naik boat, hanya kami berlima di boat tersebut.

Mulanya, driver boat fikir hanya entertaint kami saja, tapi oleh kerana ramai lagi passenger di jeti, jadi kami di turunkan di Taman Laut yang masih tiada orang di pagi itu. Jadi tempat bangku meja kayu masih banyak kosong, tinggal pilih saja mana yang mahu diduduki. Terus terjun ke taman laut dengan google di tangan masing-masing untuk menikmati snorkelling yang terindah ini.

DSC_1433 DSC_1438 DSC_1463 DSC_1473 DSC_1479 DSC_1482

Bila hari semakin tinggi, maka berboat2 lah para snorkeler datang untuk bersnorkelling dan taman laut semakin ramai dengan jaket2 merah, kuning. Dan bila ramai seperti tu, tidak lah selesa lagi untuk snorkelling.

DSC_1484 DSC_1485 DSC_1486 DSC_1493 DSC_1494 DSC_1499

Kami berpindah tempat ke Long beach. Kali ini, satu boat sudah jadi 3 famili yang asalnya tadi hanya kami satu famili saja satu boat. Tiada pilihan. Ikut saja. Bila ada 3 famili yang tidak dikenali didalam boat, maka susah lah nak bersetuju nak ke destinasi mana. Akhirnya ke long beach, dimana tidaklah menarik nak berbanding dengan destinasi lain seperti pulau paku. Tengahari yang panas terik disini, tapi snorkelling punya pasal… panas tak terasa.

Destinasi seterusnya adalah balik ke jeti Merang kerana masing-masing dah kepenatan. Tips nya menurut agent, kalau nak selesa dan destinasi snorkelling yang pelbagai, datang waktu bukan peak season. Kalau waktu peak begini, memang susah sikit nak dapat pakej yang layanan nya istimewa, melainkan ongkos nya mesti lebih lah.

Pulang dengan harapan untuk repeat lagi tapi kali ini menginap di Pulau.

DSC_1531 DSC_1507 DSC_1508 DSC_1524 DSC_1525 DSC_1541

 

 

 

This entry was posted in FnK Story and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s