Tarikan baru pengunjung ke KUANTAN. Boleh mencuba ke sungai lembing terdapat muzium perlombongan dan terowong bekas lombong. Boleh naik bukit untuk lihat sunset disamping ada sungai untuk perkelahan.
Terletak lebih kurang 40km dari bandar Kuantan, ada perkhidmatan rapid Kuantan ke sana. Beberapa resort dan chalet serta homestay juga ada disediakan di sungai lembing. Sebuah sungai, yang lapang, yang boleh masuk kereta ke pinggir sungainya iaitu sungai mas. Sungai yang tidak ramai pengunjung tapi luas dan cetek. sesuai untuk mandi2 dan lepak2 bersama keluarga. Lihat keadaan gambar sungai mas sungai lembing.