Fnk Homestay di Jalan Beserah hanya kurang lebih 5km ke pantai telok chempedak. Simpang empat depan volkswagen showroom, dari fnkhomestay ambil kiri ke telok chempedak. Akan berjumpa JUPEM jabatan pemetaan dan terus saja jalan lurus melalui perumahan elit, sekolah, istana sebelum sampai simpang tiga untuk menghala ke pantai atai ke Kuantan. Ke kanan, ke bandar Kuantan, ke kiri, ke pantai telok chempedak. Pantai yang cantik, cuma pantai nya tak sesuai untuk mandi. Kebiasaanya bendera merah selalu naik tanda amaran tidak sesuai untuk mandi manda.
Kalau datang waktu pagi atau waktu siang.. tidak seramai orang pada waktu malam. Suasana pemandangan yang cantik, desiran angin laut china selatan yang nyaman, menenangkan pengunjung ke pantai telok chempedak.
DIsini terdapat banyak kemudahan, hotel 5 bintang hyatt, restoran segera KFC, McD, pusat jualan, jualan cenderamata dan lain-lain. Amat sesuai bagi pengunjung Kuantan untuk datang ke sini dan ada perkhidmatan rapid kuantan terus ke teluk chempedak.
Pantainya di pesisir ada laluan ke kawasan batu2 dan hutan berhampiran. sila ke sana dengan berjalan kaki untuk melihat keindahan dan suasana di sana.

laluan ke pantai telok chempedak
UNTUK MELIHAT GAMBAR2 DI TELOK CHEMPEDAK SILA KE FANPAGE HOMESTAY