Sampai di station bas gangneung, dalam jam 3. Dari Incheon ke Gang Neung mengambil masa 4 jam. Waktu Zohor yang singkat jam 12 dan asar lebih kurang jam 2. Magrib jam 5. Kalau kami teruskan perjalanan, taktahu berapa jauh lagi bandar gang won do ke tempat hotel di gang neung.
Distesyen bas, untuk lebih selamat supaya tak terlepas waktu, kami decide sembahyang dulu. Pegi bilik air, bawak botol mineral yg sentiasa dibawah even dari M’sia lagi botolnya, masuk toilet untuk amik air sembahyang. Musim sejuk, amik air sembahyang… sangat2x mencabar.
Pilih lokasi terbaik, hamparkan kain untuk dijadikan sejadah… dan teruskan jamak takhir tanpa pedulikan orang2 yang lalu lalang disitu.
Gangneung adala bandar kecil yang terletak dalam daerah gang won do.

gang neung
Gang Neung adalah di sebelah timur seoul di tepi pantai. Kawasan yang terkenal dengan permainan ski. Hotel yang paling terkenal di kawasan ini Sun Cruise Resort
kami menginap di sini, dimana hotelnya dibina diatas bukit di tepi pantai dan menyerupai kapal. malah dibuat suasana kapal dengan bunyi burung2 dan bunyi cerombong asap kapal.
Gangneung pekan kecil, tapi x lah sekecil pekan pahang. hari ke tempat seminar, kami keluar dari hotel utk jalan2 di bandar kecil gang neung, dengan harapan selepas itu dapatkan teksi ke tempat meeting.
pemandangan bandar kecil berdekatan hotel sun cruise. turun jalan2 ke bandar tu, utk mencari teksi… tak jumpa 1 pun yang lalu, akhirnya kami pegi 1 kedai serbaneka, tanya sama ahjumma, suruh dia call teksi. ahjumma tu paham dalam bahasa isyarat, sbb kami x paham dalam bahasa korea.
ah jumma beritahu kami dalam bahasa korea, yang kami dapat agak maksudnya adalah, teksi susah nak dapat dan tak datang. akhirnya, suaminya yang hantar dan kami bayar kat suaminya.