Flight AA jam 7 malam, dan dapat sms flight postponed ke 9 malam.. so ada byk masa utk buat sedikit aktiviti. Kami bincang dengan sopir, persetujuan dicapai untuk ke nusa dua naik glass boating ke p.penyu.
sebelum tu, rembat dulu di wong solo. makan t.hari awal sikit.
Bergerak ke nusa dua. melalui sopir, kami sewa 1 boat utk glass boating dan penyu… IDR 350k perboat
trip ke bali berakhir.. 4 hari 3 malam tidak mencukupi utk cover banyak lagi tempat di Bali. Yang penting, perkhidmatan sopir, haruslah muslim kerana ia memudah kan kita. Kami berjumpa dengan 1 sopir yang 8 tahun bekerja sebagai driver dan kami menawarkan kepada beliau pertolongan untuk mendapatkan tetamu dari Malaysia. Jadi dia boleh run sendiri perkhidmatan sopirnya dan ini dapat meningkatkan taraf hidup beliau. Oleh itu sesiapa yang baca thread ni, dan nak ke Bali, boleh lah menggunakan khidmat sopir muslim di bali.