kalau ke Bali, nikmati lah keindahan alam, pantai, gunung dll. Hotelnya cukup banyak, resort, villa.. sebab itu ia menjadi pilihan kepada yang ingin berhoney moon.. kalau pakej honey moon, pilih hotel atau villa yang sunyi dan berada di keindahan alam semulajadi dan anda akan dapat merasai suasana honeymoon yang indah tanpa gangguan. Kurangkan aktiviti tours di luar.
Ini villa kami, yang berada di kawasan seminyak, legian dan kuta…
kawasan sawah padi juga cantik kerana di lereng bukit. biasanya di M’sia, sawah padi di tanah rata, tapi disini padi di lereng bukit dan ia bukan padi bukit. tapi padi biasa..
Di Bali, penganut Hindunya sangat kuat pegangan agamanya. Mereka sungguh taat dan kita akan jumpa banyak kuil masyarakat hindu disana. Kalau di jalan-jalan raya, akan jumpa patung kuil di persimpangan jalan2 kerana tuhan mereka akan menjaga keselamatan di Jalan raya.
Banyak tempat kuil hindu disana dan satu tempat yang kami lawati adalah di Tanah Lot.
Masjid, tak susah nak carik disana, tapi tak la sesenang nak carik bila ke Banding atau jogja.. sembahnyang tak susah, dimana2 aja..