
a lot of variety nasi padang
Sambung dari part 1.
Kami di bawa oleh pak sopir dari a.port lunch di restoran nasik padang. Jika mahu rasa selamat makan disini, hanya n.padang, minang, KFC, McD saja yang halal. Itu pun nak kena cek jugak. Carik yang betul2 halal kerana ditakuti pekerja-pekerja nya bukan muslim. So, ada was-was.
Jalan menuju ke hotel, kami singgah di restoran nasik padang ini. Makan untuk 5 orang dengan hidangan lauk bertingkat atas meja dan kiraan bayaranya hanya pada lauk yang disentuh, keseluruhan kami makan untuk 5 orang dalam 250k ++. Mahal jugak tu.
Kalau di M’sia, susah nak jumpa yang jenis hidang atas meja banyak2 lauk. Apatah lagi di Kuantan. Tak biasa disini. Tapi inilah favourite kami kalau ke Indonesia. Pasti cari masakan padang sebegini.
Selesai makan, terus di bawa ke hotel yang telah ditempah. Villa Diana. Villa ni kecik dari hotel. Privaci, bilik tak banyak. Luas. Private balkoni untuk lepak2x. keluar bilik je terus kolam renang. Cuma, kolam renang child pool takde. Kedalamannya 1.3m, anak yang paling kecik tak lepas. Dan masalah lain, ‘Bule’ dok melepak kat kolam renang..dari pagi sampai petang. Tutup mata je lah…
Selesai berehat di Hotel, dan hari masih awal petang, dan sopir tidak di tempah pada hari ini, atas nasihat sopir, ambil teksi dan waktu petang bisa di habisin ke p.kuta, kami keluar dengan menelpon bluebird ke p.kuta
Sepanjang perjalanan, kami berborak berkenaan bali. dan pemandu teksi menceritakan perihal dia yang merantau ke bali untuk mencari pekerjaan. Beliau dari Sumatera. Ramai org Indonesia sendiri merantau ke Bali untuk mencari pekerjaan kerana sektor pelancongan disini sangat2x tinggi permintaannya. Peluang cukup banyak. Tenaga kerja cukup tinggi. Sebab itu, tokei2x kompeni kaya-kaya, kerana tenaga kerja yang murah. Nko nak kerja, ini bayarannya, kalau tak nak dengan bayaran ni, ramai lagi org nak…. Persaingan perkerjaan sangat2 tinggi menyebabkan upah tenaga kerja menjadi sangat rendah sedangkan hasil dari perniagaan sangat baik. Sebab tu, kata sopir, yang tokei nya akan semakin kaya, dan yang gol. karyawan ni akan sentiasa dalam rat circle, katanya robert kiyosaki.
Pantai Kuta, Bali adalah pantai yang cantek dan tumpuan pelancong selain dari pantai belah2 nusa dua sana. Kena pulak liburan. Waktu cuti sekolah. Huh, sangat ramai orang.. campur dengan local dan mat salleh. sesak.