Percutian Bali Pakej Muslim 1

Pada 29hb July yang lalu, fnkhomestay berkunjung ke Bali satu keluarga untuk bercuti sambil melihat-lihat peluang bisnes dalam industri pelancong.

Walaupun tempahan tiket hanya 2 minggu sebelum tarikh berangkat, tiket flight AA rasanya masih jauh lebih murah berbanding dengan MAS.

Flight AA yang kebanyakan nya telah menggunakan AirBus kelihatan baru semasa kami menaiki untuk ke Bali.

Bertolak malam sebelumnya, kami menginap di homestay yang hanya 10km ke lcct dan harganya amat berpatutan. Tidur malam sebelumnya sebab keesokan pagi jam 9. Takut tak sempat dari Kuantan. Pagi-pagi sudah bangun dan drive ke LCCT dan park di tmpt parking A untuk 4 hari. Parking B dan C lebih murah, tetapi malas berjalan kaki dan bezanya RM9 untuk sehari.

Kepada pengunjung-pengunjung Bali, topik thread ini adalah pakej Muslim. Oleh kerana penduduk Bali adalah 93% Hindu, dan mereka mempunyai kulit, muka dan rambut yang sama dengan melayu islam ataupun Jawa Muslim, maka sudah tentu kita akan confuse dengan cara hidup, amalan, dan pemakanan mereka kerana mereka tidak mempunyai Halal dan Haram dalam aspek Islam. Inilah yang sangat2 harus di pahami oleh pengunjung-pengunjung Muslim yang berliburan ke Bali.

Kalau di Indonesia, gerai-gerai yang berbentuk kereta sorong sangat banyak. Penduduknya mencari rezeki dengan berniaga makanan. Senario ini banyak kami jumpa di Bandung dan Yogyakarta. Sama juga disini, tapi AWAS... masakan mereka, jika bukan ISLAM, sudah tentu ingredient nya ada babi. Kerana mereka tidak memahami erti Halal, jika anda bertanya driver teksi, atau sesiapa yang bukan Islam disana, kita boleh mintak masakan halal tetapi diasingkan daging Babi. Sanggup nak makan ??

Percutian FnK ke Bali, dirancang dan sangat menitikberatkan berkaitan ini. Terutamanya makan. Walaupun suasana disana yang penuh dengan ‘Buli’, mat salleh yang kebanyakan dari Australi, yg hanya 3 jam dari Perth, tempat-tempat tumpuan mereka seperti di Legian, Kuta, boleh kita elakkan. Namun, makan, tempat sembahyang, haruslah halal dan mudah bagi kita pelancong-pelancong muslim untuk mencarinya di Bali.

Kami di jemput oleh Sopir yang telah kami berhubung melalui email saja, dan mereka telah menunggu di Lapangan Terbang Ngah Rai dengan tag nama.

laluan airport bali

 Berurusan melalui email dan persetujuan pun melalui email saja. Tanpa ada deposit, mereka menerima tempahan saya dgn risiko saya mungkin tidak memilih perkhidmatan sopir mereka. Oleh kerana waktu ini mereka tidak penuh, risiko itu mereka ambil kerana kata sopirnya, orang-orang dari M’sia tidak pernah mungkir janji.

Itinerarinya sangat fleksible kerana saya dan keluarga mahu memilih-milih tempat yang kami ingin lawati berdasarkan rekomen dari sopir. Day1, touchdown airport, kami terus diambil oleh sopir dan soklan pertama saya tanya, ‘kamu muslim’ – ‘Alhamdulillah, Pak… Muslim’ katanya. Seperti yang dijanjikan melalui email, day 1 hanya pickup hotel, makan tengahari dan hantar ke hotel untuk berehat.

cont..

This entry was posted in FnK Story. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s