3H2M musim cuti sekolah 2012

Bawalah anak2, keluarga, rakan-rakan bercuti di musim cuti sekolah ni. Bermula 26hb Mei, selama 2 minggu, pilihlha destinasi pilihan anda untuk menenangkan pikiran.

3h2m, panjang sikit masa utk berjalan2x. 2h1m pun boleh. Kalau ke Kuantan, atau ke BGRC, 2h1m cukup untuk main di bukit gambang. tapi tak de lah nak jalan2 ke bandar kuantan, atau ke pantai teluk chempedak atau pantai balok.

Kalau ada bajet dan ada masa, blh lah bercuti 3H2M. sambil2x mengisi aktiviti di bandar kuantan, ada festival di padang kemunting, MPK. padang ni, kalau dari jalan gambang menuju ke kuantan terus je, sehingga jumpa giant, terus lagi… dan lepas tu nampak sebelah kanan. kena u turn kat hospital sana.

_________________________________________________

KUANTAN Fest’ 2012

Karnival Kerakyatan iaitu “KUANTAN Fest’ 2012” akan diadakan dengan kerjasama dan sokongan kerajaan Negeri Pahang (Pelancongan), Tourism Pahang, Tourism Malaysia, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), dan beberapa agensi kerajaan lain. Karnival ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan memperkasakan aspek-aspek kebudayaan, kesenian, warisan dan tradisi serta adat istiadat masyarakat di negeri Pahang yang dihubungkaitkan dengan sektor pelancongan.

Bertemakan “Memartabatkan Seni Budaya, Tradisi Dan Warisan Negeri Pahang Ke Pesada Antarabangsa” ini akan diadakan dengan suasana penuh kemeriahan dan keceriaan serta kegemilangan yang penuh warna-warni untuk seluruh masyarakat luar, serta penduduk negeri Pahang Darul Makmur, khususnya penduduk di Bandar Kuantan dan kawasan sekitarnya dengan menekankan serta menitikberatkan penganjuran sesebuah karnival yang berkonsepkan 1 Malaysia..

Ayuh semua.. kita sama-sama meriahkan Sambutan KUANTAN Fest’ 2012 ini nanti..

Aktiviti :
Bazar Rakyat 1Malaysia
Karnival Jualan Rakyat
Forum Perdana : Bersama Imam Muda
Sukaneka antara agensi / penduduk setempat
Pameran oleh Agensi kerajaan / Syarikat korporat
Demonstrasi masakan tradisi
Pameran Kereta (Auto Show)
Himpunan Kereta Modifikasi Nasional (Kereta tempatan shj)
Pameran Motosikal klasik dan antik
Pertunjukan Sistem bunyi kereta (Car Audio)
Persembahan kebudayaan dan kesenian
Persembahan Dikir Barat (Lawan Musuh tradisi)
Konsert Artis Retro Tanahair
Slot Radio – DJ Corner
Children Play Land
This entry was posted in Event @ Kuantan, Pekan, Gambang, Gebeng. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s