Terimakasih kepada tetamu kerana memilih FnK sebagai tempat menggantikan penginapan lain yang mewah seperti hotel. Terima kasih juga memilih kami dari puluhan homestay di kuantan yang ada.
Kami cuba untuk meberi yang paling baik kepada tetamu FnK Guesthouse.
Cadangan2 dari tetamu, akan kami pertimbangkan dan berusaha untuk upgrarde kelengkapan yang ada. kami akan menambah bilangan katil single bed dan menambah peralatan dapur yang ada sedikit masa lagi.
Sehingga setakat ini, kami telah menerima tetamu dari pelbagai bangsa dan juga yang mempunyai pelbagai urusan. Tetamu dari tempatan, mahupun dari luarnegara. 2 keluarga dari Indonesia, 8 pemuda dari Maldive dan tetamu-tetamu dari tempatan.
Pada peringkat awal, kami tidak terlalu strict dlm pengambilan tempahan dan particular, tetapi selepas kejadian dimana ada sedikit kerosakan pada pintu rumah, kami terpaksa mengubah sikit cara beroperasi dimana tetamu perlu mengisi borang maklumat.
Tetamu hanya perlu mengisi mana-mana maklumat penting sahaja jika dirasakan confidential dan ini sebagai rekod kepada kami.
FnK homestay kuantan juga menyediakan perkhidmatan kek dan pelbagai jenis kek boleh ditempah sepanjang anda berada di sini.
Terima kasih kepada pengunjung, FnK berharap kunjungan anda bukan sekadar untuk menginap tetapi kami mengharapkan hubungan baik selepas tetamu pulan ke destinasi masing2.
Pingback: | McDonalds