Selamat Datang ke Blog FnK. Catatan dalam blog ini adalah maklumat berkaitan pelancongan, perjalanan, tempat makan, tempat lawatan dalam mahupun luar negara. Semoga sedikit pengalaman kami dapat membantu pembaca dalam merancang perjalanan.
Safari Park Bukit Gambang Resort
Satu lagi tarikan di Bukit Gambang Resort, safari Park. Dengar iklan di radio, ada haiwan-haiwan yang pelik di sini. Makin banyak lah tarikan di BGRC. Pengunjung2 boleh menginap di homestay yang tersedia banyak di kawasan yang berdekatan di BGRC. Atau kawasan yang jauh sedikit seperti di Kuantan.
safari park
Setelah 2 Tahun Beroperasi
FnK Homestay telah beroperasi pada penghujung 2010, to be exact, 1st January 2011. Kami memenuhkan kelengkapan rumah dengan perabot lengkap pada setiap bilik, ruang tamu dan dapur. Selama kurang lebih setahun membawa ke tahun ke 2, homestay kami yang terletak di kawasan perumahan semi D yang hanya mengandungi 32 biji rumah dan hanya 2 lorong jalan, telah mempunyai satu lagi homestay yang beroperasi di lorong yang sama yang memberi kemudahan kepada pengunjung tetamu ke Kuantan, Beserah, Balok, Semambu dan kawasan sekitarnya.
Selang sebulan dua selepas itu, satu lagi homestay di lorong yang sama berjaya di buat oleh owner tuan rumah menjadikan dilorong yang sama dengan fnk ada 2 homestay. Ini dapat memberikan kemudahan kepada pengunjung yang dalam bilangan keluarga yang ramai. Harga 1 malam ? Juga kompetetif antara homestay memberi banyak pilihan kepada pengunnjung-pengunjung di Kuantan.
Pengunjung Boleh buat tempahan Kek
Kepada tetamu FnK, kalau nak kek, boleh tempah di farabakery.com partner kami. Bermacam-macam kek ada dan boleh tempah dan makan ketika anda di homestay kami. Sambil2 berbbq.

fara homebakery
Perjalanan Ke Korea 2
Sampai di station bas gangneung, dalam jam 3. Dari Incheon ke Gang Neung mengambil masa 4 jam. Waktu Zohor yang singkat jam 12 dan asar lebih kurang jam 2. Magrib jam 5. Kalau kami teruskan perjalanan, taktahu berapa jauh lagi bandar gang won do ke tempat hotel di gang neung.
Distesyen bas, untuk lebih selamat supaya tak terlepas waktu, kami decide sembahyang dulu. Pegi bilik air, bawak botol mineral yg sentiasa dibawah even dari M’sia lagi botolnya, masuk toilet untuk amik air sembahyang. Musim sejuk, amik air sembahyang… sangat2x mencabar.
Pilih lokasi terbaik, hamparkan kain untuk dijadikan sejadah… dan teruskan jamak takhir tanpa pedulikan orang2 yang lalu lalang disitu.
Gangneung adala bandar kecil yang terletak dalam daerah gang won do.

gang neung
Gang Neung adalah di sebelah timur seoul di tepi pantai. Kawasan yang terkenal dengan permainan ski. Hotel yang paling terkenal di kawasan ini Sun Cruise Resort


kami menginap di sini, dimana hotelnya dibina diatas bukit di tepi pantai dan menyerupai kapal. malah dibuat suasana kapal dengan bunyi burung2 dan bunyi cerombong asap kapal.
Gangneung pekan kecil, tapi x lah sekecil pekan pahang. hari ke tempat seminar, kami keluar dari hotel utk jalan2 di bandar kecil gang neung, dengan harapan selepas itu dapatkan teksi ke tempat meeting.
pemandangan bandar kecil berdekatan hotel sun cruise. turun jalan2 ke bandar tu, utk mencari teksi… tak jumpa 1 pun yang lalu, akhirnya kami pegi 1 kedai serbaneka, tanya sama ahjumma, suruh dia call teksi. ahjumma tu paham dalam bahasa isyarat, sbb kami x paham dalam bahasa korea.
ah jumma beritahu kami dalam bahasa korea, yang kami dapat agak maksudnya adalah, teksi susah nak dapat dan tak datang. akhirnya, suaminya yang hantar dan kami bayar kat suaminya.
Perjalanan Ke Korea
Kami ingin berkongsi perjalanan ke Korea pada 14 December 2012 hingga 20 December 2012
Kami kongsikan trip ini untuk panduan kepada muslim-muslim di Malaysia dimana agak sukar untuk mencari makanan HALAL seperti di Malaysia mahupun tempat sembahyang
Flight AA di LCCT jam 1 pagi. flight tambang murah, semestinya hanya basic sahaja diatas flight. Oleh kerana jam 1 pagi berlepas, maka jangkaannya solat subuh diatas flight.
Perjalanan memakan masa 5 jam, maka jika landing di incheon, subuh telah selesai. Kami search di internet waktu sembahyang subuh diatas flight dan jumpa ini. Sangat2x membantu, kerana sebelum ini, hanya panduan melihat keadaan langit untuk mengetahui waktu solat. Dengan bantuan crescentrating, kita keyin sahaja masa perjalanan dan tempat, web tu akan calculate jam berapa akan masuk waktu solat.
Perjalanan kami ke Gang Won Do Province, tempat terkenal resort main ski salji YangPyong atau Allepso. Kami ke GangNeung dan menempah hotel di SunCruise Resort. Dari airport Incheon ke GangNeung, kurang lebih 270km. Macam Kuantan-KL. Ambil bas direct express dari incheon ke gangneung.
tempat tunggu bas express dan dlm perjalanan..
Perjalanan berhenti di RnR, hanya 10 minit. Wajib tepati 10 minit, Singgah buang apa yang patut je.. nak makan2 berlenggang2x mcm kat RnR termerloh, mimpi la…
Suhu pada ketika ini negative, waktu jam 2 petang, cuaca berkabus.
to be continued..
Hadramawt at Taman Melati
Kalau dari Kuantan, selepas tol gombak, amik kiri MRR2, dlm 2 km gitu, naik jejantas ke taman melati. pusing2 sikit, dah jumpa shop lot taman melati yang mengadap MRR2 sebelah kanan.
Selain LEHA KELFOOD… makan nasik arab di taman melati KL.
Tempat makan Kuantan – Arfa East Cost Mall
Ni salah satu tempat makan yang ada di east cost mall.


Jika ke Kuantan, dan shopping di east cost mall yang bersebelahan Zenith Hotel, singgal ke Seri Arfa….
Larian Telok Chempedak Kuantan 2012

Diadakan pada 2 september 2012, di telok chempedak.

KAMI DI FNKHOMESTAY BERSEDIA MENYEDIAKAN PENGINAPAN KEPADA
PESERTA LARIAN TC 2012
Hari Terakhir Bali Part V
Flight AA jam 7 malam, dan dapat sms flight postponed ke 9 malam.. so ada byk masa utk buat sedikit aktiviti. Kami bincang dengan sopir, persetujuan dicapai untuk ke nusa dua naik glass boating ke p.penyu.
sebelum tu, rembat dulu di wong solo. makan t.hari awal sikit.
Bergerak ke nusa dua. melalui sopir, kami sewa 1 boat utk glass boating dan penyu… IDR 350k perboat
trip ke bali berakhir.. 4 hari 3 malam tidak mencukupi utk cover banyak lagi tempat di Bali. Yang penting, perkhidmatan sopir, haruslah muslim kerana ia memudah kan kita. Kami berjumpa dengan 1 sopir yang 8 tahun bekerja sebagai driver dan kami menawarkan kepada beliau pertolongan untuk mendapatkan tetamu dari Malaysia. Jadi dia boleh run sendiri perkhidmatan sopirnya dan ini dapat meningkatkan taraf hidup beliau. Oleh itu sesiapa yang baca thread ni, dan nak ke Bali, boleh lah menggunakan khidmat sopir muslim di bali.









































